Saturday 28 January 2012

Teman Baru

Kakak saya Aida sudah ade teman baru iaitu cermin mata.Nampaknye kemane saja dia pergi selepas ini, cermin mata akan sentiasa menemaninya. 

Saya harap, mata saya sihat, supaya saya tidak perlu memakai cermin mata. Tetapi, apabila kakak saya Aida memakai cermin mata, gaya dia macam seorang profesor. Saya pun nak ada rupa profesor jugak...hmmmm..

Doakan saya berjaya masuk U yer.

Selamat malam!

Friday 27 January 2012

Memperkenalkan


Hi, ini saya dan kakak saya, Nabilah. Tahun ni nabilah akan menduduki peperiksaan UPSR. Saya doakan, kakak saya berjaya dengan cemerlang, insyaAllah.

Peperiksaan

Esok saya kena menjalani peperiksaan TOV, saya harap saya dapat menjawab dengan betul dan saya harap karangan yang dibuat oleh saya menarik apabila dibaca

Kedua...

Hari masih hujan. Bila hujan begini, saya rasa cepat lapar. Harap-harap mak buatkan tomyam tengah hari ni. Tapi saya tak rasa yang mak akan masak tomyam.

Ya Allah..... tolong lah gerakkan hati mak untuk masakkan tom yam.



Assalamualaikum...

Hi kawan-kawan. Nama saya Syafiqah Huda. Saya baru masuk darjah 4. Saya berasal dari Kuala Terengganu dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa.  Hari ni asyik hujan aje dari pagi tadi. Bangun tidur aje, hujan dan turun dengan lebatnya. Ingatkan saya mahu sambung tidur, tapi kakak saya pula asyik membebel suruh saya bangun. Iyer lah, solat subuh belum lagi, memang la kena marah kalau tak bangun.

Ini entry pertama saya. InsyaAllah, saya akan menulis perihal kehidupan saya dan keluarga serta apa saja yang saya rasa saya hendak kongsi dengan semua yang sudi membaca tulisan saya ni.

Adios!

Till then..

Bye!